>loading..

Monday, July 5, 2010

Hari Jadi Guru Kelas

Assalamualaikum. Tak lama lagi, hari jadi guru kelas kami. Mula-mula kami rancang nak kasi kejutan kat cikgu. Konon-konon surprise lah kan. Nak buat jamuan senyap-senyap. Tapi tibe-tibe kawan sekelas kami, tanya cikgu pasal jamuan tu. Habislah cikgu tahu lah pasal jamuan tuh. Dah bukan surprise lagi dah. Tadi dekat kelas, cikgu ajar Mathematics seperti biasa dan kasi homework. Semasa kitaorang semua buat homework, cikgu berbincang pasal jamuan tuh dengan Laxviny dan Syazwani. Lepastuh, Laxviny kasi pengumuman, bukan pengumuman untuk satu sekolah tuh :/ Pengumuman untuk satu kelas je. Tapi cikgu ckap kat Laxviny, suruh bisik-bisik kat semua murid 1 alpha. Kemudian, waktu SCIENCE pulak. Cikgu SCIENCE x de. Hanya cikgu pengganti yg menggantikan waktu SCIENCE. Laxviny minta izin daripada cikgu pengganti tuh untuk bagi pengumuman. Cikgu pengganti tu pon kasi. Lagipun cikgu tuh banyak kerja. busy. Tapi cikgu x kasi bising. Laxviny pon cakap lah pasal jamuan tuh semua. Laxviny ckap makan nasi planta. Ye lah, lagi senang nak order nasi planta daripada McDonald. Eh yeke? Entahlah. Sekian. Assalamualaikum.

Sunday, July 4, 2010

Pertandingan Blog


Assalamualaikum. Dekat sekolah kitaorang, ade pertandingan blog. Cikgu akan pilih blog yang kreatif dan cantik. Sebenarnya daripada dulu lagi nak buat blog. Tapi baru-baru ini baru ade masa terluang untuk membina blog. Pada mulanya, blog ni dibina bukan sebab hendak menyertai apa-apa pertandingan. Tetapi, mula-mula kitaorang bina blog ini adalah untuk menceritakan tentang 1 Alpha dan apabila ada murid 1 Alpha yang berpindah, murid yg berpindah itu boleh melihat blog ini jika teringat dekat kelas kami. Setelah dengar pengumuman daripada cikgu bahawa ada pertandingan blog, apa lagi, kitaorang menyertai pertandingan blog tuh. Blog ni dahulu simple saja, x de edit-edit pon. Tapi sekarang baru edit-edit blog ni. Jika blog ini tak menang, kami tetap menerima keputusan. Kami murid-murid 1 Alpha telah bekerjasama untuk menjayakan blog ini. United we stand, devided we fall. Assalamualaikum.


Friday, July 2, 2010

SELOKA 1 ALPHA

Assalamualaikum salam diberi,
Seloka 1 alpha best sekali,
Berita panas hiburan sensasi,
Kalau tak baca memang rugi.

Guru tingkatan sporting sekali,
Puan Norliza nama diberi,
Orangnya aktif dan peramah sekali,
Sikapnya disenangi kami.

Farish Wajdi taiko kami,
Orangnya agak tinggi sekali,
Berdisiplin dan baik hati,
Inilah dia sikap taiko kami.

Farah pula assistantnya,
Comel sekali orangnya,
kelas memekak dia tak peduli,
sebab dia pun 2x5 sama macam kami.

Senyum manis macam buah ceri,
Laaxviny Chanthar kecoh sekali,
Itulah dia ceti kami,
Bila dia datang kami cabut lari.

Khalizah Kamis secretary kami,
Kawan nya Iylia cun sekali,
Orangnya cergas dan berani,
Membaca buku itulah hobi.

Tibalah masa mengundur diri,
Apa yang kurang harap diampuni,
Untuk hiburan dikala sunyi,
Semogaberjumpa di lain hari.

Monday, June 7, 2010

Guru Kelas Kami


Gambar kat atas ni adalah Cikgu Norliza. Guru kelas kitaorang (1 Alpha). Cikgu ni memang ar, senang je bekerjasama. Cara cikgu cakap pon baik je, x kasar pon. Klau cikgu dapat award, cikgu layak dapat award 'guru paling sporting'. Cikgu ni x cepat marah. Cikgu ni x garang. Tapi klau buat bising, memanglah suruh senyap. Mana ada cikgu yang biarkan muridnye bising. Just nak ckap, klau tahun dpan cikgu ajar kat SMKAK lagi, kitaorang berharap agar cikgu jadi guru kelas kami lagi.

Friday, May 21, 2010

Hari Terakhir Cikgu Praktikal di Sekolah


Minggu ini adalah minggu terakhir cikgu praktikal berada di sekolah. Sedih sikit.. :'( Korang nangis cepat! :p Oleh sebab minggu terakhir cikgu praktikal berada di sekolah ini, kami semua mengadakan jamuan perpisahan khas untuk cikgu praktikal. Walaupun jamuan agak biasa-biasa, ia tetap meriah kerana semua murid 1 Alpha mengikuti jamuan tersebut. Kitaorang pesan makanan McD. Okay, nak cerita pasal cikgu-cikgu praktikal yang banyak mengajar kami selama setengah tahun.

Cikgu Nor Halimatusadia

  • Lemah-lembut
  • Berbudi pekerti
  • Hati mulia
  • Tegur jika pelajar membuat kesalahan
  • Baik hati


Cikgu Faezah

  • Sopan-santun
  • Pemalu, hehe =)
  • Ayu gitu
  • Rajin membuat kerja


Ustaz Razali
  • Tidak cepat marah
  • Berbudi bahasa

Monday, May 17, 2010

Hari Guru




Hari guru adalah hari yang bermakna bagi seorang guru. Pada 16 Mei 2010, SMK Ayer Keroh telah mengadakan sambutan hari guru. Sambutannya agak meriah. Terdapat pelbagai persembahan. Antaranya ialah, choral speaking, tarian kipas, tarian india dan lain-lain. Inilah gambar-gambar pada hari guru itu :

Choral Speaking
Tarian Kipas
Persembahan Pengawas Percubaan
Persembahan daripada Pn. Ling Ching Ngor dan muridnya
Silat




Bagi menghargai jasa guru, para-para pengawas telah memberikan sekuntum bunga ros kepada setiap guru. Dan kami juga telah memberikan pasu bunga yang berisi bunga kepada guru kelas kami, iaitu Cikgu Norliza. Cikgu Norliza adalah cikgu yang sporting dan tidak cepat marah. Beliau juga seorang yang baik hati. SELAMAT HARI GURU.

Sunday, April 4, 2010

Hari Sukan Sekolah

Hari ini SMK Ayer Keroh telah mengadakan Sukan Tahunan sekolah. Pelbagai acara telah diadakan. Ada beberapa orang murid dari kelas kami menyertai acara-acara tersebut. Mula-mula perbarisan. Selepas itu, silat. Kemudian, cheerleader.
Rumah kuning
Rumah merah
Rumah hijau
Rumah biru

Ramai orang yg hadir ke sekolah untuk menyaksikan acara-acara sukan tahunan.